Thursday, January 13, 2011

Maggie Special...



Cara- Cara nak masak Maggie Special..

Khas untuk mereka yang duduk hostel. Takde dapur. Jadi boleh la aplikasikan cara masak maggie ni ye.Pae boleh jamin 100% berbeza jadi maggie yang korang  just curah air je tu.. kih3~~


Bahan- Bahan yang diperlukan :-

1. Maggie 1 bungkus
2. Telur sebijik
3. Kobis secukup rase
4. Sosej bebarapa batang yang korang suke.. Make sure brand yang mahal taw.. keh3
5. Air putih ( Jangan gune air karat USM taw.. )



Ha.. Ni la bahan2 yang kite perlukan ye..
kobis & sosej cilok dari dapur SUEN
kih3~



 Alatan yang diperlukan:-

1. Heater
2. Mangkuk , Sudu , Garfu, etc..
3. Pisau untuk potong kobis & sosej
4. Penyepit makanan
5. Apa2 la lagi yang korang rase perlu.. (-__-'")



Procedure ...

1. Masukkan air dalam heater. Aras air tu macam yang Pae tunjuk kat gambar bawah tu taw.. Jangan banyak sangat & sikit sangat pom tak boleh.. Sedang2 je..



heater siap tulis name lagi.. takut sangat orang curik

 2. Tunggu sampai heater tu berbunyi , tapi air tu belum menggelegak lagi taw. Time tu korang boleh la masukkan kobis & sosej . Tunggu sampai air menggelegak.



3. Air da menggelegak korang boleh la masukkan maggie & telur. Tahan button heater tu biar heater tu tak terpadam.. So air tu akan terus menggelegak  ( korang paham ke ayat aku ni?.. Kalau x paham boleh tanya.. kih3)




4 . Kalau korang rase maggie tu da lembut sikit ( jangan sampai swelling pulak maggie tu taw) korang padam kan heater.Make sure switch off plug taw. Then gune penyepit makanan korang angkat la maggie dan semua benda alah dalam heater tu.. Masukkan dalam mangkuk

5. Air dalam heater tu korang jangan buang.. Korang masukkan la perencah maggie tu taw, then kacau2 biar sebati.. Then tuangkan dekat maggie yang kite da toskan tu...




 Ni tak letak perencah lagi .. Tula pucat je kuah..


Ok yang ni da bubuh perencah.. Da Ready untuk di makan..


Hope korang bolehla cube kat bilik asrama korang taw.. Tapi make sure langkah2 keselamatan ada taw.. Sebab heater kan gune tenaga eletrik.. Jadi nak handle semua tu make sure tangan kering ye.. Pastu kalau nak potong sayur tu jangan sampai terpotong tangan pulak.. huhuhu..


P/S : Resipi untuk budak malas.. Wekkkkk ~~







Wednesday, December 29, 2010

Manusia Yang Tak mengenang Budi??

Dialog ini berlaku di antara seekor mak ayam & seekor mak lembu dalam sebuah ladang....

Ayam      :  Manusia ni memang pentingkan diri sendiri !!!

Lembu    :  Kenapa kau kata macam tu ?

Ayam     :  Tengoklah apa dia kat aku !

Lembu   : Hah ! Buat apa pulak ?

Ayam    :  Aku ni bertelur hari2 . Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kate ada juga waris aku bile aku dah tak ada nanti. Tapi manusia memang tak berhati perut. Hari2 dia orang makan telur aku . Macam mana aku nak ada anak !

Lembu   :  Alah kau punya masalah kecik aje !

Ayam    : ?? Maksud kau ?

Lembu   : Aku ni , Kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada . Bayangkan , hari2 manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK !

Ayam    : LOL  ( -___- ")





P /S : Mase kecik2 mak Pae tak bagi minum susu lembu pun.. 100 % susu mak.. He3~~  Mari kita amalkan ' Exclusive Breast Feeding '... LOL !!

Credit to : Majalah Dara.com




Monday, December 20, 2010

Wajib Lulus !!!

Korang suke tak pelajaran Sejarah time sekolah menengah dulu... Sapa suke angkat kaki .. kih~~ Mesti ramai yang suke kan? Pae taw korang semua cerdik2 belaka, mate pelajaran sejarah bagi korang macam kacang goreng je kan..

So untuk mengimbau kenangan2 lame belajar Sejarah mase time budak2 sekolah tu Pae nak bagi sedikit soklan la.. Sape dapat jawab semua soklan Pae belanja gule2 sebijik...


Soalan ni memang susah SUSAH bangat !!!.. Anda tak dibenarkan bertanya kawan or curi2 tengok buku teks sejarah.. Lagi satu anda dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan... 



  1. siapakah yang membuka melaka?
    1. Param
    2. Parameswari
    3. Pramugari terlampau
    4. Parameswara
    5. Parang kontot
  2. pada tahun 1771, seorang penjelajah inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai new Hebrides, siapakah dia?
    1. Kapten hook
    2. Kapten crook
    3. Kapten cook
    4. Kapten cool
    5. Kapten boleh
  3. siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
    1. Sapok biki
    2. James beruk
    3. James bond
    4. James brooke
    5. Brooke shields
  4. siapakah yang membuka pulau pinang?
    1. Torch light
    2. Traffic light
    3. Light & easy
    4. Francis light
    5. Francisca peters
  5. salah seorang pahlawan melayu terbilang
    1. tuk janggut
    2. tuk misai
    3. tuk sideburn
    4. tuk misai A Galak
    5. tuk bulu hidung
  6. pahlawan melayu di pahang?
    1. Mat kilau
    2. Mat silau
    3. M Daud kilau
    4. Mat sentul
    5. Mat rempit
  7. siapakah residen inggeris di negeri perak yang dibunuh oleh datuk maharajalela?
    1. Jawa jerongos
    2. JWW Birch
    3. JayJay
    4. JW Marriot
    5. Jawa rangers
  8. Negara manakah yang menjajah tanah melayu selepas portugis?
    1. Ayam belanda
    2. Air bender
    3. Blender cili
    4. Belanda
    5. Blunder
  9. apakah antara hantaran yang diminta puteri gunung ledang kepada sultan melaka?
    1. 7 dulang hati nyamuk
    2. 7 dulang tongkeng ayam
    3. 7 dulang tahi hidung
    4. 7 dulang tahi lalat
    5. 7 dulang gigi arnab
  10. siapakah puteri pahang yang mencintai hang tuah?
    1. Tun mahathir
    2. Tan Tin Tun
    3. Tun tak tahu Eja
    4. Tun teja
    5. Tungang langgang
  11. siapakah puteri negeri china yang berkahwin dengan sultan melaka?
    1. Puteri hang li po
    2. Puteri kepala hotak hang
    3. Puteri opah hang
    4. Puteri hang go poh
    5. Puteri hang cing
  12. ikan apakah yang melanggar singapura?
    1. Ikan bilis
    2. Ikan masin
    3. Ikan kembung masak asam
    4. Ikan kekek mak iloi-iloi
*takder ’e’ utk soklan no:12, sbb tukang buat soklan... jatuh pengsan kerana tercekik tulang ikan todak semasa membuat soklan…. huhu


P/S : Good Luck Pada Semua Kawan2 yang sedang menduduki Exam Selanjar 1 ( Medik & Dental Tahun 2)